Wednesday, December 28, 2011

terkedu seketika.. :)

Assalamualaikum semua..
*hope sihat walafiat selalu k??*
~ni tagline aku kot setiap kali buat post.. kihkih~


okay.. mesti korg terkejut tengok aku nye entri post ni an..
kihkih~ snanye saje nak buat tajuk2 pelik sikit kot.. *sedangkan xtahu nak pilih tajuk entri ni ape snanye. kuikui*


okay. snanye mmg  agak malas nak update entri, tapi akibat 'rajin' sangat baca buku..
uh yang jadik macam ni ni..
kihkih~ okay tajuk entri ni bermula bile aku balik dari 'dating dengan Sir Amirul petang tadi..


okay... balik je dari hantar esaimen MGT420 group punye..
aku dgn due org lagi member aku, Kak Baizura dengan Ayu pun pgla bilik sir uh..
pg mendaki tingkat 3 yang amatla 'rendah' kat UiTM Perlis ni..
panjat dan panjat dan panjat dan.................
Akhirnya... *teka da sampai belum bilik Sir?? @_@*
JAWAPANNYA: MESTILA BELUM..




lepas habis mendaki..
kena pulak belok kiri dgn jalan jauh2 sebab bilik sir kat blok A
kitorg skang kat blok B kot.. *kuikui*


okay... selepas 10 minit.. kitorg pun sampai kat bilik Sir uh..
da sampai.. sebab takut sir xdek..
jengukla dr tingkap Sir..
aleh2.. nmpk sir buat sign suruh masuk..

kihkih~ okay..
dengan lafaz bismillah..
dan sampai depan bilik sir, aku terjenguk2 macam budak kecik..
tyme aku nga jenguk2 uh, Sir uh perasan aku pulak.. *malu seketika*
Sir bagi sign suruh masuk... okay..
aku pun masuk dalam bilik sir... blajo MGT417 dgn kak bai n ayu face-to-face dengan sir...
blaja tntg computer hardware n computer software..
okay... da habis blaja semua...
*alhamdulillah, apa yang sir ajar uh masuk dalam otak aku k?? siap digam kuat2 lagi!*


okay.. pas habis blaja uh, kitorg pun borakla pasal isu2 semasa ni..
macam2la... *maaf iye... it is secreto de amore k?? :D*
okay... ~tengok jam da pukul 3 lebih~
perut pun berbunyi macam gaya dangdut pop rock punye.. :D
so.. kitorg pun minx izin nak balik..
dan yang paling bestnye..
sir cakap macam ni...


SIR: I think you can be a  politician... *dengan smiley gak aku tengok*
AKU: oh... I don't want to be a politician. I don't like politics... *mmg terdiam gakla masa ni*
SIR: okay.. rasanya awak boleh jadi MPP nanti... boleh jadi MPP yang baguih and buat kerja.. :D
nanti undi die jadik MPP tau!! :D
AKU: ok sir... *thank you sir for this doa.. I hope it will be true one days.. and I will do the best to achieve the title of the best and the humblest MPP that everyone known... Ameen.. :)


Skang ni aku nak tanya pendapat korangla an..


1. Ape yang buatkan seseorang itu layak untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar bile kite kat U ni erk??!
2. Adakah aku ni benar2 layak untuk menjadi ahli MPP ni??
3. Adakah korg akan amek tawaran jadi ahli MPP ni kalau korg dapat??
4. Kenape korg terima tawaran uh??
5. Ape yang korg akan buat *perubahan pertama* lepas korg dilantik as a MPP uh??


Banyaknye soalan aku.. okay.. hope korg dapat jawab soalan aku ni k??
Aku betul2 perlukan jawapan2 kalian yang comel lote ni..
Please...... :D

~iniamaliapunya~

Sunday, December 25, 2011

ape????? HARAM??? kenape pulak??

assalamualaikum... semua sihat??? hope korg semua sihat selalu k,
termasukla kawan a.k.a roomate ku, tina skali k?? *banyakkan makan ubat tau!*


ok... nape aku tulih post ni..
before dis, aku adela buat status sal xbley buat ucapan untukorg kristian sal hari natal uh..
tapi an, aku xtahu nak jawab ape kat sorg ni lpas die tanya aku knape xley sebut sal perkataan uh..
then... tunggu dan tunggu... akhirnya dapatla aku jumpe jawapan yang paling the best untuk santapan kite semua...


nak tahu kenape???
ok...
sedia....
satu. due. tige!!!!!!!!


jeng.jeng.jeng... :)




Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.


*hope korg semua boley bace betui2 k sal bende ni??? 
dan jugak hope korg dapat sebarkan kepada kawan2 yang lain tntgnye!! :)*

~iniamaliapunya~



Saturday, December 17, 2011

melepak bersama ahli2 bilik ku yang kedua

assalamualaikum semua
sihat? *hope korg sihat selalu iye?*
skang ni aku berada dalam bilik izzati a.k.a bilik kedua aku... :)


okla..
yang pastinya aku amat rajin melepak kat bilik ni tau!
kalau aku xdek kat bilik, selain toilet dgn tmpat makan..
aku ade dekat sini...
ape2pun...
THANK YOU IZZATI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
WA SYUKRAN MINA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sebab bagi aku tumpang bilik hang na...
*mmg da rupa bilik aku da ni*




~iniamaliapunya.blogspot.com~