Memang hati ini tidak mampu untuk menipu,
Bahawa aku suka dan sayang sama kamu,
Namun setelah pelbagai perkara yang telah terjadi,
Membuatkan aku terfikir yang aku seperti,
Seperti digunakan oleh kamu,
Seperti dipermainkan oleh kamu,
Aku tahu kamu bukannya sukakan atau sayangkan aku,
Dan jugak kamu tidak memandangku sepertimana,
Sepertimana aku memandang kamu selama ini,
Aku sedar diriku tidaklah secantik dia,
Tidaklah juga secomel dia,
Tidaklah juga sebaik dan semolek dia,
Namun aku ini tetap masih mempunyai perasaan,
Tetap punyai perangai yang tidak lagi dikau kenali,
Walaupun aku jenis mudah dipengaruhi,
Namun aku masih mempunyai ego dan kedegilanku tersendiri,
Semakin laama aku mengenalimu,
Semakin mudah untuk aku mengetahui perihal tentang dirimu,
Aku tahu aku mungkin sudah tersenarai jauh dari ingatanmu,
Namun hatiku dan diriku selalu berdoa,
Agar dirimu berubah menjadi seorang yang ingin aku jadikan IMAM dalam rumah tanggaku,
Agar kamu dapat menjadi seorang SUAMI yang setia dan taat pada agama, family, bangsa dan juga negara,
Agar kamu sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas seharian kamu,
Aku amatlah menyayangi dan mencintai kamu setelus hati,
Kerana itu, aku sentiasa berdoa agar dirimu sentiasa dalam keadaan sejahtera dan harmoni,
Namun aku juga masih tidak berhenti berharap agar dirimu akan menjadi IMAMku jua suatu hari nanti,
*Insya Allah wal Amiin*
Ya Allah, satukanlah kami dan jodohkanlah kami mengikut landasan yang Engkau redhai, *Amiin*
Ya Allah, andai jua kita berdua tiada jodoh, akanku sentiasa doakan agar kamu dan pasangan kamu sentiasa berbahagia nanti.
Suatu saat dulu, memang aku asyik menyebut namamu, tapi kini aku sedar aku sudah jauh menyimpang dari perkara sepatutnya. Jauh dari Allah. Masya Allah, Astaghfirullah, jauhnya aku menyimpangkan perasaanku dari MU, Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-hambaMu ini. Maka, Engkau dekatilah hati-hati kami sekiranya antara kami ada jodoh dan jauhkanlah hati-hati kami andai tidak terukir suratan takdir dan jodoh untuk kami. Amiin.. :)
Sincerely,
Someone from Mars
No comments:
Post a Comment